Monday 21 May 2012


Jalan Kehidupan

“Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (untuk beriman) agar Kamu mengampunkan mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke telinga mereka sambil menutupkan baju mereka (ke wajah masing-masing) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri.”

(Surah Nuh, 71:7)



Situasi 1:
Berjalanlah seorang hamba Allah yang menjalankan tanggungjawabnya untuk berdakwah di atas muka bumi untuk menyebarkan agama Islam hanya untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata.
Kini, sampailah sudah ke destinasi yang dituju iaitu di sebuah hostel di mana menempatkan pelajar-pelajar di sebuah universiti. Sekali lagi, Amin membetulkan dan mengikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t..
Tok! Tok! Tok!
Assalamualaikum..
Namun panggilan dibalas dengan kesunyian. Namun ini tidak mematahkan semangat Amin tersebut. Kali ini dengan lebih kuat,
Tok!!  Tok!!  Tok!!
Assalamualaikum..
Tap!
Alhamdulillah..Pintu akhirnya dibuka.
Tampak seorang lelaki yang memakai earphone berdiri di hadapannya. Dalam hati da’i tersebut, dia berbicara, ‘oh..patutlah tak dengar. Tengah dengar lagu rupanya…”
“Jom , kita baca al-Mulk.”
“Alah, nantilah.baca sendiri-sendiri pun takpa. Aku nak dengar lagu ni dulu. Rugi kalau tak dengar. Ni the latest punya lagu. Ajaklah orang lain. Asyik-asyik aku je.”
Lalu, dia menutup pintu dan menguatkan lagi volume muzik rock n roll yang sedang didengarnya. Terpinga-pinga Amin dibuatnya di hadapan pintu sahabatnya itu. 


SITUASI 2:
“Alif, jom pergi halaqah nak tak?”
“Apa?? Halaqah? Tak maulah.boring,lama pulak tu. Banyak keje nak kena buat. Assignment lagi, group discussion lagi...”
“jomlah kita duduk sejenak untuk beriman. Bukannya senang nak dapat ilmu agama. Nak harapkan kau  baca buku agama, mcm tunggu kucing bertanduklah jawabnya . Buku physics, chemistry pun kau tak pernah disentuh.”
“kalau kau nak, kau pergi jelah halaqah tu. Aku nak dok dalam bilik ja.malas aku nak keluar.”
“hm..takpelah.nanti apa yang aku dapat, aku sharekan kt kau. Tapi serius, rugi kau tak datang halaqah tu.”
“ ye ke rugi? Klu pergi halaqah tu lagi rugi, sebab macam buang masa je.”
“hm..takpelah.aku pergi dulu.”
Ahmad pun pergi ke halaqah seorang diri. Namun, dalam perjalanan untuk ke tempat halaqah yang jaraknya 30 minit dari kolej kediamannya, dia teringat sesuatu. Dia tertinggal surat cintanya iaitu al-quran terjemahan di biliknya.
Sampai sahaja di biliknya, Ahmad membuka pintu bilik. Dilihatnya Alif cepat-cepat menarik selimutnya dan berpura-pura tidur. Barangkali risau rakan sebiliknya, Ahmad mengajaknya ke halaqah sekali lagi.

Ahmad pun terus mencapai al-quran terjemahan di atas meja dan berlalu dari bilik itu sambil memperhatikan gelagat roomatenya. Dalam perjalanan ke tempat halaqah diadakan, Ahmad berdoa supaya Allah memberi hidayah kepada roommate yang disayanginya.



Pada zaman Nabi Nuh a.s, kaum Nabi Nuh menyumbatkan telinga dgn anak jari mereka untuk tidak mendengar seruan Nabi Nuh kepada Allah S.W.T. malah menyombongkan diri.  Tetapi pada masa sekarang, kita sering menyumbatkan telinga kita dengan earphone, headphone dll.  Kita sering leka dengan mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Secara tidak sedar, kita sebenarnya sedang membekukan hati kita. Kebanyakannya, lagu-lagu yang melalaikan mempunyai bait-bait lirik yang tidak sesuai. Dengan lirik-lirik yang kadangkalanya dapat meruntuhkan iman kita. Sehinggakan terdapat juga lirik-lirik lagu yang dapat mensyirikkan Allah S.W.T. Kita sebenarnya kurang concern dengan apa yang ingin disampaikan oleh penulis lirik, composer dan penyanyi yang menyanyikan lagu yang kita dengari hampir setiap hari. Apabila hati kita menjadi beku, maka apabila diajak kepada kebaikan, hati mula meronta-ronta dan fikiran pula memikirkan alasan untuk tidak mengikutinya.


Berbeza pula apabila kita mendengar lagu-lagu ketuhanan. Kita akan mudah mengikuti kea rah kebaikan kerana lirik-lirik lagu ketuhanan merupakan kata-kata yang sentiasa mengajak kita kepada kebaikan. Jadi, kita mudah untuk menerima kebaikan dan cuba untuk mengubah diri kea rah yang lebih baik. Lagu-lagu ketuhanan juga merupakan hiburan kepada orang mukmin. Bezanya orang mukmin dengan orang lain ialah orang mukmin memakai earphone ataupun headphone adalah untuk mendengar ayat-ayat suci al-quran, tazkirah dan lagu-lagu ketuhanan berbanding orang lain yang memakai earphone ataupun headphone adalah untuk mendengar lagu-lagu yang melalaikan semata-mata. Sungguh hebat seorang mukmin! Kerana dapat mengaplikasikan teknologi yang ada ke arah kebaikan.

Pada zaman Nabi Nuh juga, kaum Nabi Nuh menutupkan baju mereka (ke wajah masing-masing) kerana tidak mahu menerima mahupun diajak untuk menyambut seruan Nabi Nuh kepada Allah S.W.T. Siapa kata sirah para nabi dahulu tidak relevan dengan masa kini? Lihatlah sahaja pada masa kini, kita lebih gemar berbungkuskan diri dengan selimut a.k.a tidur daripada mengerjakan kebaikan. Kita menutupkan selimut (ke wajah masih-masing) sama seperti apa yang terjadi pada zaman Nabi Nuh. Kita merasakan enaknya tidur daripada menyebarkan agama Islam. Kita hanya mementingkan diri sendiri di saat saudara seIslam kita menghadapi keperitan hidup di mana kita tidak mahu menginfaqkan duit kita, saudara Islam kita bertungkus lumus menyebarkan agama Islam tanpa ada siapa termasuk kita yang membantu mereka  dan saudara seIslam kita yang ingin mengubah diri menjadi lebih baik namun tiada siapa membantunya kerana orang seperti kitalah yang tidak mahu menolongnya.
Adakah kita sedar? Jawapannya adalah kita cuma mengetahui tetapi tiada kemahuan. Kita tahu kita Islam, tetapi kita tidak mahu mengikut kehidupan Islam yang sebenarnya. Kita tahu kewajipan berdakwah, tetapi kita tidak mahu untuk berdakwah. Kita tahu saudara Islam di Palestin, Syria sedang menghadapi peperangan tetapi kita tidak mahu menolong saudara seIslam kita walaupun dengan boikot barangan Israel yang merupakan musuh Islam sejak berkurun lama dahulu.Kita tahu kita melakukan kemungkaran namun kita tidak mahu mengelakkan diri kita dari kemungkaran yang kita lakukan. Di manakah hilangnya kemahuan kita?

Allah berfirman,
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).”
(Surah Ali-‘Imran, 3:14)

Walaupun kita mendapat kesenangan di dunia, namun pada akhirnya kita akan kembali kepada Pencipta kita iaitu Allah Maha Esa.


Allah berfirman,
“ Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun dan Dia memberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur”
(Surah An-Nahl, 16:78)

Kita lahir dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Kita seharusnya mengisi kehidupan kita dengan sebaiknya supaya kita tidak menjadi golongan yang mengingkari dan menyombongkan diri. Kita marah apabila orang menyombongkan diri kepada kita. Pernahkah kita terfikir Allah marah kepada kita apabila kita menyombongkan diri kepadaNya? Tidak bolehkah kita bersabar dalam menjalankan perintah Allah? Apabila kita bersabar untuk tidak melakukan kemungkaran, InsyaAllah kita akan mendapat kesenangan di akhirat kelak.

“Tidak ada seorangpun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki.”
(Riwayat Ahmad)

Allah yang menciptakan kita. Oleh itu, jadilah hamba yang bersyukur kepada yang menciptakan kita, tidak lain tidak bukan adalah Allah S.W.T. dengan mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.


No comments:

Post a Comment