Monday 21 May 2012


  HAKIKATNYA…

Duit vs Hidup Berislam

Seronoknya! Ramainya orang di taman rekreasi ini. Kanak-kanak sedang riang bermain. Tidak kurang juga bagi orang dewasa yg sedang beriadah di taman rekreasi ini selepas penat bekerja. Sedang berjalan-jalan di taman, tersepak satu plastik berwarna hitam. Tangan ini mula membuka ikatan plastik itu. Alangkah terkejutnya apabila mendapati terdapat 1000 not RM100 di dalam plastik itu. Terdapat catatan yang menyatakan bahawa “ Kepada sesiapa yang memjumpai beg plastik ini, saya menginfaqkan kepada anda”.wahh!!!! Bahagianya!!!!


Mengapa kita rasa bahagia kalau dapat duit? Mustahil kita tidak bahagia apabila mendapat duit. Ini adalah kerana duit itu penting dalam kehidupan. Duit digunakan untuk membeli barang keperluan. Jika tiada duit, kita akan susah hati kerana kita tidak dapat membeli barang keperluan masing-masing. Apabila tiada duit, hutang=piutang akan bertambah banyak kerana kita perlu makan dan minum untuk terus hidup.
 
TETAPI mengapa kita tidak rasa bahagia kalau dapat ayat al-quran atau hadis malah melarikan diri apabila diajak ke majlis-majlis ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah? Sungguh hairan manusia pada masa kini. Kita tidak berasa berkesedaran pentingnya ayat al-quran dan hadis dalam kehidupan kita. Sungguh berbeza dengan zaman para sahabat dan sahabiyah terdahulu yang menjadikan kehidupan berIslam itu penting dalam kehidupan. Ini kerana dengan kehidupan berislam, automatic kita akan mendekatkan diri kepada Allah kerana semua perkara dirujuk kepada al-Quran dan sunnah. Orang islam pada masa kini tahu hidup berislam itu penting, tetapi tidak berkesedaran.
Jika kita mendapat duit, kita sejahtera dunia itu tinggi.


Tetapi jika kita mendapat Islam dan hidup berIslam,  kita akan sejahtera dunia dan akhirat itu tinggi.
Sungguh bertuah Islam yang hidup berislam = orang beriman!
Masyarakat kini menimbangkan segala sesuatu atas dasar hawa nafsu bukan atas dasar agama.

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….”
(Surah al-Ahzab,33:4)

Ini terbukti bahawa hati manusia ada satu sahaja. Jika tidak diisi dengan perkara kebaikan, hati akan terisi dengan perkara keburukan.


Hati Ibarat Pendrive

Hati ibarat pendrive yang mempunyai kapasiti 8GB. Jika kita selalu tonton movie yang melalaikan, lagu yang lagha, tengok perkara tidak elok, bersembang kosong, bercouple, bermalas-malasan, surf internet perkara yang tidak penting, berfacebooking perkara yang tidak bermanfaat, berkata-kata dengan kata-kata yang tidak elok didengari dan sebagainya, pendrive hati kita akan penuh. Apabila ayat-ayat al-quran dibacakan dan hadis didengarkan, maka space dalam pendrive hati sudah tidak muat untuk perkara sebegitu kerana kapasiti pendrive hati sudah memenuhi 8GB. Apabila hati sudah fully occupied dengan perkara yang kita cintai, maka hati kita sudah tidak muat untuk perkara kebaikan. Itulah sebabnya apabila diajak ke majlis-majlis ilmu dan mengajak kepada Allah, mereka dengan cepatnya menolak.


Allah berfirman,
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, keluarga-keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya). Dan Allah tidak member petunjuk kepada orang yang fasik.” 
(surah at-Taubah, 9:24)

Perkara-perkara yang kita cintai akan menutupi hati kita secara tidak langsung.


Allah berfirman,
“Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka”                          (Surah al-Mutaffifin, 83:14)
 

Penyembuh hati

Pada satu hari, Aiman demam. Sahabat-sahabatnya datang menziarahi Aiman. Mereka membawa ubat antibiotic  yang baru dibeli di klinik berdekatan. Aiman pun makan ubat yang diberi oleh rakan-rakannya. Pada keesokan harinya, demamnya mulai surut. Dia berasa sangat lega kerana dapat sihat semula dan dapat bermain bersama sahabat-sahabatnya.


Allah berfirman,
“ Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyaki-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat kepada orang yang beriman.” 
(surah Yunus, 10:57)

“ Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian.”
(Surah al-Isra,17:82)

Apabila hati kita sakit, ayat-ayat al-Quranlah sebgai penyembuh hati kita. Sahabat-sahabat kita yang berfikrah akan sentiasa menyembuhkan hati kita dengan memperdengarkan dan mentadabburkan kalimah suci al-Quran kepada kita. Jadi, hati kita akan cepat sembuh daripada sakit.

Sudah terang lagi bersuluh. Al-Quran merupakan penwar kepada hati kita. Jika pendrive hati kita fully occupied dengan perkara yang kita cintai, maka cepat-cepat kita deletekan keinginan diri. Apabila kita telah fully occupied pendrive hati kita, jangan lupa untuk memasang anti virus a.k.a ayat al-Quran dan hadis supaya pendrive hati kita tidak diserang virus a.k.a perbuatan mungkar. Jadi, pendrive hati kita akan sentiasa elok untuk dipakai. Perkara mungkar hanya akan mencederakan hati kita. Jika hati kita telah cedera,  maka pendrive hati kita tidak boleh dipakai.
               

No comments:

Post a Comment