Jalan Kehidupan
“Dan sesungguhnya setiap kali
aku menyeru mereka (untuk beriman) agar Kamu mengampunkan mereka, mereka
memasukkan anak jari mereka ke telinga mereka sambil menutupkan baju mereka (ke
wajah masing-masing) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan
diri.”
(Surah Nuh, 71:7)
Situasi 1:
Berjalanlah seorang hamba Allah yang menjalankan
tanggungjawabnya untuk berdakwah di atas muka bumi untuk menyebarkan agama
Islam hanya untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata.
Kini, sampailah sudah ke destinasi yang dituju
iaitu di sebuah hostel di mana menempatkan pelajar-pelajar di sebuah
universiti. Sekali lagi, Amin membetulkan dan mengikhlaskan niat hanya kerana
Allah s.w.t..
Tok! Tok! Tok!
Assalamualaikum..
Namun panggilan dibalas dengan kesunyian. Namun
ini tidak mematahkan semangat Amin tersebut. Kali ini dengan lebih kuat,
Tok!!
Tok!! Tok!!
Assalamualaikum..
Tap!
Alhamdulillah..Pintu akhirnya dibuka.
Tampak seorang lelaki yang memakai earphone
berdiri di hadapannya. Dalam hati da’i tersebut, dia berbicara, ‘oh..patutlah
tak dengar. Tengah dengar lagu rupanya…”
“Jom , kita baca al-Mulk.”
“Alah, nantilah.baca sendiri-sendiri pun takpa.
Aku nak dengar lagu ni dulu. Rugi kalau tak dengar. Ni the latest punya lagu.
Ajaklah orang lain. Asyik-asyik aku je.”
Lalu, dia menutup pintu dan menguatkan lagi volume
muzik rock n roll yang sedang didengarnya. Terpinga-pinga Amin dibuatnya di
hadapan pintu sahabatnya itu.
SITUASI 2:
“Alif, jom pergi halaqah nak tak?”
“Apa?? Halaqah? Tak maulah.boring,lama pulak tu.
Banyak keje nak kena buat. Assignment lagi, group discussion lagi...”
“jomlah kita duduk sejenak untuk beriman. Bukannya
senang nak dapat ilmu agama. Nak harapkan kau
baca buku agama, mcm tunggu kucing bertanduklah jawabnya . Buku physics,
chemistry pun kau tak pernah disentuh.”
“kalau kau nak, kau pergi jelah halaqah tu. Aku nak
dok dalam bilik ja.malas aku nak keluar.”
“hm..takpelah.nanti apa yang aku dapat, aku
sharekan kt kau. Tapi serius, rugi kau tak datang halaqah tu.”
“ ye ke rugi? Klu pergi halaqah tu lagi rugi,
sebab macam buang masa je.”
“hm..takpelah.aku pergi dulu.”
Ahmad pun pergi ke halaqah seorang diri. Namun,
dalam perjalanan untuk ke tempat halaqah yang jaraknya 30 minit dari kolej
kediamannya, dia teringat sesuatu. Dia tertinggal surat cintanya iaitu al-quran
terjemahan di biliknya.
Sampai sahaja di biliknya, Ahmad membuka pintu
bilik. Dilihatnya Alif cepat-cepat menarik selimutnya dan berpura-pura tidur.
Barangkali risau rakan sebiliknya, Ahmad mengajaknya ke halaqah sekali lagi.
Ahmad pun terus mencapai al-quran terjemahan di
atas meja dan berlalu dari bilik itu sambil memperhatikan gelagat roomatenya.
Dalam perjalanan ke tempat halaqah diadakan, Ahmad berdoa supaya Allah memberi hidayah
kepada roommate yang disayanginya.
Pada
zaman Nabi Nuh a.s, kaum Nabi Nuh menyumbatkan telinga dgn anak jari mereka
untuk tidak mendengar seruan Nabi Nuh kepada Allah S.W.T. malah menyombongkan
diri. Tetapi pada masa sekarang, kita
sering menyumbatkan telinga kita dengan earphone, headphone dll. Kita sering leka dengan mendengar lagu-lagu
yang melalaikan. Secara tidak sedar, kita sebenarnya sedang membekukan hati
kita. Kebanyakannya, lagu-lagu yang melalaikan mempunyai bait-bait lirik yang
tidak sesuai. Dengan lirik-lirik yang kadangkalanya dapat meruntuhkan iman
kita. Sehinggakan terdapat juga lirik-lirik lagu yang dapat mensyirikkan Allah
S.W.T. Kita sebenarnya kurang concern dengan apa yang ingin disampaikan oleh
penulis lirik, composer dan penyanyi yang menyanyikan lagu yang kita dengari
hampir setiap hari. Apabila hati kita menjadi beku, maka apabila diajak kepada
kebaikan, hati mula meronta-ronta dan fikiran pula memikirkan alasan untuk
tidak mengikutinya.
Berbeza pula apabila kita mendengar lagu-lagu
ketuhanan. Kita akan mudah mengikuti kea rah kebaikan kerana lirik-lirik lagu
ketuhanan merupakan kata-kata yang sentiasa mengajak kita kepada kebaikan.
Jadi, kita mudah untuk menerima kebaikan dan cuba untuk mengubah diri kea rah
yang lebih baik. Lagu-lagu ketuhanan juga merupakan hiburan kepada orang
mukmin. Bezanya orang mukmin dengan orang lain ialah orang mukmin memakai
earphone ataupun headphone adalah untuk mendengar ayat-ayat suci al-quran,
tazkirah dan lagu-lagu ketuhanan berbanding orang lain yang memakai earphone
ataupun headphone adalah untuk mendengar lagu-lagu yang melalaikan semata-mata.
Sungguh hebat seorang mukmin! Kerana dapat mengaplikasikan teknologi yang ada
ke arah kebaikan.
Pada
zaman Nabi Nuh juga, kaum Nabi Nuh menutupkan baju mereka (ke wajah
masing-masing) kerana tidak mahu menerima mahupun diajak untuk menyambut seruan
Nabi Nuh kepada Allah S.W.T. Siapa kata sirah para nabi dahulu tidak relevan
dengan masa kini? Lihatlah sahaja pada masa kini, kita lebih gemar
berbungkuskan diri dengan selimut a.k.a tidur daripada mengerjakan kebaikan.
Kita menutupkan selimut (ke wajah masih-masing) sama seperti apa yang terjadi
pada zaman Nabi Nuh. Kita merasakan enaknya tidur daripada menyebarkan agama
Islam. Kita hanya mementingkan diri sendiri di saat saudara seIslam kita
menghadapi keperitan hidup di mana kita tidak mahu menginfaqkan duit kita,
saudara Islam kita bertungkus lumus menyebarkan agama Islam tanpa ada siapa
termasuk kita yang membantu mereka dan
saudara seIslam kita yang ingin mengubah diri menjadi lebih baik namun tiada
siapa membantunya kerana orang seperti kitalah yang tidak mahu menolongnya.
Adakah
kita sedar? Jawapannya adalah kita cuma mengetahui tetapi tiada kemahuan. Kita
tahu kita Islam, tetapi kita tidak mahu mengikut kehidupan Islam yang
sebenarnya. Kita tahu kewajipan berdakwah, tetapi kita tidak mahu untuk
berdakwah. Kita tahu saudara Islam di Palestin, Syria sedang menghadapi
peperangan tetapi kita tidak mahu menolong saudara seIslam kita walaupun dengan
boikot barangan Israel yang merupakan musuh Islam sejak berkurun lama
dahulu.Kita tahu kita melakukan kemungkaran namun kita tidak mahu mengelakkan
diri kita dari kemungkaran yang kita lakukan. Di manakah hilangnya kemahuan
kita?
Allah berfirman,
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia
kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita, anak-anak, harta yang
banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan, dan
sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat
kembali yang baik (syurga).”
(Surah
Ali-‘Imran, 3:14)
Walaupun
kita mendapat kesenangan di dunia, namun pada akhirnya kita akan kembali kepada
Pencipta kita iaitu Allah Maha Esa.
Allah
berfirman,
“
Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui
sesuatu apa pun dan Dia memberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati
nurani agar kamu bersyukur”
(Surah An-Nahl, 16:78)
Kita
lahir dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Kita seharusnya mengisi kehidupan
kita dengan sebaiknya supaya kita tidak menjadi golongan yang mengingkari dan
menyombongkan diri. Kita marah apabila orang menyombongkan diri kepada kita.
Pernahkah kita terfikir Allah marah kepada kita apabila kita menyombongkan diri
kepadaNya? Tidak bolehkah kita bersabar dalam menjalankan perintah Allah?
Apabila kita bersabar untuk tidak melakukan kemungkaran, InsyaAllah kita akan
mendapat kesenangan di akhirat kelak.
“Tidak
ada seorangpun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada
Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan
dan memberi mereka rezeki.”
(Riwayat Ahmad)
Allah
yang menciptakan kita. Oleh itu, jadilah hamba yang bersyukur kepada yang
menciptakan kita, tidak lain tidak bukan adalah Allah S.W.T. dengan mentaati
perintah Allah dan menjauhi laranganNya.