Friday 10 March 2017

Pada 2/9/2012, final exam dh habis. terasa satu kelegaan. Keputusannya, hmm xtaulah. (n_n)

Sebelum exam kertas last bermula, saya mendengar keluhan satu suara:

Suara:
"Kenapa ya kita masih rasa takut, cuak dengan exam? padahal itu sekadar ujian duniawi sahaja. Nampaknya, kita ni masih belum betul-betul aim kepada akhirat. kita masih takut untuk lepaskan dunia.

Ana rasa kagum dengan ikhwah/akhwat yg pernah fail dlm exam. walaupun fail, mereka masih teguh untuk menjalankan amanah iaitu menyebarkan Islam. mereka langsung tidak pernah rasa ragu-ragu dalam berdakwah. kalau ana macamtu, xtaulah... semangat juang yang tinggi dan tidak pernah rasa putus asa membuatkan ana kagum dengan mereka. mereka tak pernah menganggap dakwah itu yang menggagalkan mereka dalam peperiksaan sebaliknya sebenarnya yang menggagalkan mereka adalah sikap mereka sendiri."

Saya terkedu mendengar keluhan yang sebegitu mendalam. Saya sedar yang saya pun macam tu juga. nampaknya, saya belum bergantung kepada Allah semata-mata. saya masih mengharap kepada latihan yg telah saya buat, perkara yang saya hafal dll. padahal itu hanya usaha saya semata-mata. yang menentukan dapat A atau tidak adalah Allah S.W.T.

Kita sering mengatakan bahawa, 'dah usaha dah, tawakal jelah'. padahal Tawakal amat penting. kita sepatutnya bertawakal, berdoa kepada Allah sebelum, semasa dan selepas exam. Kita perlu sentiasa memohon kepada Allah yang terbaik buat diri kita. boleh jadi, kita fail kerana Allah menjanjikan yang lebih buat kita. boleh jadi kita lulus dgn cemerlang, kerana Allah ingin menguji kita. Janji Allah itu pasti!

No comments:

Post a Comment