Monday 21 May 2012


Jalan Kehidupan

“Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (untuk beriman) agar Kamu mengampunkan mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke telinga mereka sambil menutupkan baju mereka (ke wajah masing-masing) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri.”

(Surah Nuh, 71:7)



Situasi 1:
Berjalanlah seorang hamba Allah yang menjalankan tanggungjawabnya untuk berdakwah di atas muka bumi untuk menyebarkan agama Islam hanya untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata.
Kini, sampailah sudah ke destinasi yang dituju iaitu di sebuah hostel di mana menempatkan pelajar-pelajar di sebuah universiti. Sekali lagi, Amin membetulkan dan mengikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t..
Tok! Tok! Tok!
Assalamualaikum..
Namun panggilan dibalas dengan kesunyian. Namun ini tidak mematahkan semangat Amin tersebut. Kali ini dengan lebih kuat,
Tok!!  Tok!!  Tok!!
Assalamualaikum..
Tap!
Alhamdulillah..Pintu akhirnya dibuka.
Tampak seorang lelaki yang memakai earphone berdiri di hadapannya. Dalam hati da’i tersebut, dia berbicara, ‘oh..patutlah tak dengar. Tengah dengar lagu rupanya…”
“Jom , kita baca al-Mulk.”
“Alah, nantilah.baca sendiri-sendiri pun takpa. Aku nak dengar lagu ni dulu. Rugi kalau tak dengar. Ni the latest punya lagu. Ajaklah orang lain. Asyik-asyik aku je.”
Lalu, dia menutup pintu dan menguatkan lagi volume muzik rock n roll yang sedang didengarnya. Terpinga-pinga Amin dibuatnya di hadapan pintu sahabatnya itu. 


SITUASI 2:
“Alif, jom pergi halaqah nak tak?”
“Apa?? Halaqah? Tak maulah.boring,lama pulak tu. Banyak keje nak kena buat. Assignment lagi, group discussion lagi...”
“jomlah kita duduk sejenak untuk beriman. Bukannya senang nak dapat ilmu agama. Nak harapkan kau  baca buku agama, mcm tunggu kucing bertanduklah jawabnya . Buku physics, chemistry pun kau tak pernah disentuh.”
“kalau kau nak, kau pergi jelah halaqah tu. Aku nak dok dalam bilik ja.malas aku nak keluar.”
“hm..takpelah.nanti apa yang aku dapat, aku sharekan kt kau. Tapi serius, rugi kau tak datang halaqah tu.”
“ ye ke rugi? Klu pergi halaqah tu lagi rugi, sebab macam buang masa je.”
“hm..takpelah.aku pergi dulu.”
Ahmad pun pergi ke halaqah seorang diri. Namun, dalam perjalanan untuk ke tempat halaqah yang jaraknya 30 minit dari kolej kediamannya, dia teringat sesuatu. Dia tertinggal surat cintanya iaitu al-quran terjemahan di biliknya.
Sampai sahaja di biliknya, Ahmad membuka pintu bilik. Dilihatnya Alif cepat-cepat menarik selimutnya dan berpura-pura tidur. Barangkali risau rakan sebiliknya, Ahmad mengajaknya ke halaqah sekali lagi.

Ahmad pun terus mencapai al-quran terjemahan di atas meja dan berlalu dari bilik itu sambil memperhatikan gelagat roomatenya. Dalam perjalanan ke tempat halaqah diadakan, Ahmad berdoa supaya Allah memberi hidayah kepada roommate yang disayanginya.



Pada zaman Nabi Nuh a.s, kaum Nabi Nuh menyumbatkan telinga dgn anak jari mereka untuk tidak mendengar seruan Nabi Nuh kepada Allah S.W.T. malah menyombongkan diri.  Tetapi pada masa sekarang, kita sering menyumbatkan telinga kita dengan earphone, headphone dll.  Kita sering leka dengan mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Secara tidak sedar, kita sebenarnya sedang membekukan hati kita. Kebanyakannya, lagu-lagu yang melalaikan mempunyai bait-bait lirik yang tidak sesuai. Dengan lirik-lirik yang kadangkalanya dapat meruntuhkan iman kita. Sehinggakan terdapat juga lirik-lirik lagu yang dapat mensyirikkan Allah S.W.T. Kita sebenarnya kurang concern dengan apa yang ingin disampaikan oleh penulis lirik, composer dan penyanyi yang menyanyikan lagu yang kita dengari hampir setiap hari. Apabila hati kita menjadi beku, maka apabila diajak kepada kebaikan, hati mula meronta-ronta dan fikiran pula memikirkan alasan untuk tidak mengikutinya.


Berbeza pula apabila kita mendengar lagu-lagu ketuhanan. Kita akan mudah mengikuti kea rah kebaikan kerana lirik-lirik lagu ketuhanan merupakan kata-kata yang sentiasa mengajak kita kepada kebaikan. Jadi, kita mudah untuk menerima kebaikan dan cuba untuk mengubah diri kea rah yang lebih baik. Lagu-lagu ketuhanan juga merupakan hiburan kepada orang mukmin. Bezanya orang mukmin dengan orang lain ialah orang mukmin memakai earphone ataupun headphone adalah untuk mendengar ayat-ayat suci al-quran, tazkirah dan lagu-lagu ketuhanan berbanding orang lain yang memakai earphone ataupun headphone adalah untuk mendengar lagu-lagu yang melalaikan semata-mata. Sungguh hebat seorang mukmin! Kerana dapat mengaplikasikan teknologi yang ada ke arah kebaikan.

Pada zaman Nabi Nuh juga, kaum Nabi Nuh menutupkan baju mereka (ke wajah masing-masing) kerana tidak mahu menerima mahupun diajak untuk menyambut seruan Nabi Nuh kepada Allah S.W.T. Siapa kata sirah para nabi dahulu tidak relevan dengan masa kini? Lihatlah sahaja pada masa kini, kita lebih gemar berbungkuskan diri dengan selimut a.k.a tidur daripada mengerjakan kebaikan. Kita menutupkan selimut (ke wajah masih-masing) sama seperti apa yang terjadi pada zaman Nabi Nuh. Kita merasakan enaknya tidur daripada menyebarkan agama Islam. Kita hanya mementingkan diri sendiri di saat saudara seIslam kita menghadapi keperitan hidup di mana kita tidak mahu menginfaqkan duit kita, saudara Islam kita bertungkus lumus menyebarkan agama Islam tanpa ada siapa termasuk kita yang membantu mereka  dan saudara seIslam kita yang ingin mengubah diri menjadi lebih baik namun tiada siapa membantunya kerana orang seperti kitalah yang tidak mahu menolongnya.
Adakah kita sedar? Jawapannya adalah kita cuma mengetahui tetapi tiada kemahuan. Kita tahu kita Islam, tetapi kita tidak mahu mengikut kehidupan Islam yang sebenarnya. Kita tahu kewajipan berdakwah, tetapi kita tidak mahu untuk berdakwah. Kita tahu saudara Islam di Palestin, Syria sedang menghadapi peperangan tetapi kita tidak mahu menolong saudara seIslam kita walaupun dengan boikot barangan Israel yang merupakan musuh Islam sejak berkurun lama dahulu.Kita tahu kita melakukan kemungkaran namun kita tidak mahu mengelakkan diri kita dari kemungkaran yang kita lakukan. Di manakah hilangnya kemahuan kita?

Allah berfirman,
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).”
(Surah Ali-‘Imran, 3:14)

Walaupun kita mendapat kesenangan di dunia, namun pada akhirnya kita akan kembali kepada Pencipta kita iaitu Allah Maha Esa.


Allah berfirman,
“ Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun dan Dia memberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur”
(Surah An-Nahl, 16:78)

Kita lahir dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Kita seharusnya mengisi kehidupan kita dengan sebaiknya supaya kita tidak menjadi golongan yang mengingkari dan menyombongkan diri. Kita marah apabila orang menyombongkan diri kepada kita. Pernahkah kita terfikir Allah marah kepada kita apabila kita menyombongkan diri kepadaNya? Tidak bolehkah kita bersabar dalam menjalankan perintah Allah? Apabila kita bersabar untuk tidak melakukan kemungkaran, InsyaAllah kita akan mendapat kesenangan di akhirat kelak.

“Tidak ada seorangpun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki.”
(Riwayat Ahmad)

Allah yang menciptakan kita. Oleh itu, jadilah hamba yang bersyukur kepada yang menciptakan kita, tidak lain tidak bukan adalah Allah S.W.T. dengan mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.



  HAKIKATNYA…

Duit vs Hidup Berislam

Seronoknya! Ramainya orang di taman rekreasi ini. Kanak-kanak sedang riang bermain. Tidak kurang juga bagi orang dewasa yg sedang beriadah di taman rekreasi ini selepas penat bekerja. Sedang berjalan-jalan di taman, tersepak satu plastik berwarna hitam. Tangan ini mula membuka ikatan plastik itu. Alangkah terkejutnya apabila mendapati terdapat 1000 not RM100 di dalam plastik itu. Terdapat catatan yang menyatakan bahawa “ Kepada sesiapa yang memjumpai beg plastik ini, saya menginfaqkan kepada anda”.wahh!!!! Bahagianya!!!!


Mengapa kita rasa bahagia kalau dapat duit? Mustahil kita tidak bahagia apabila mendapat duit. Ini adalah kerana duit itu penting dalam kehidupan. Duit digunakan untuk membeli barang keperluan. Jika tiada duit, kita akan susah hati kerana kita tidak dapat membeli barang keperluan masing-masing. Apabila tiada duit, hutang=piutang akan bertambah banyak kerana kita perlu makan dan minum untuk terus hidup.
 
TETAPI mengapa kita tidak rasa bahagia kalau dapat ayat al-quran atau hadis malah melarikan diri apabila diajak ke majlis-majlis ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah? Sungguh hairan manusia pada masa kini. Kita tidak berasa berkesedaran pentingnya ayat al-quran dan hadis dalam kehidupan kita. Sungguh berbeza dengan zaman para sahabat dan sahabiyah terdahulu yang menjadikan kehidupan berIslam itu penting dalam kehidupan. Ini kerana dengan kehidupan berislam, automatic kita akan mendekatkan diri kepada Allah kerana semua perkara dirujuk kepada al-Quran dan sunnah. Orang islam pada masa kini tahu hidup berislam itu penting, tetapi tidak berkesedaran.
Jika kita mendapat duit, kita sejahtera dunia itu tinggi.


Tetapi jika kita mendapat Islam dan hidup berIslam,  kita akan sejahtera dunia dan akhirat itu tinggi.
Sungguh bertuah Islam yang hidup berislam = orang beriman!
Masyarakat kini menimbangkan segala sesuatu atas dasar hawa nafsu bukan atas dasar agama.

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….”
(Surah al-Ahzab,33:4)

Ini terbukti bahawa hati manusia ada satu sahaja. Jika tidak diisi dengan perkara kebaikan, hati akan terisi dengan perkara keburukan.


Hati Ibarat Pendrive

Hati ibarat pendrive yang mempunyai kapasiti 8GB. Jika kita selalu tonton movie yang melalaikan, lagu yang lagha, tengok perkara tidak elok, bersembang kosong, bercouple, bermalas-malasan, surf internet perkara yang tidak penting, berfacebooking perkara yang tidak bermanfaat, berkata-kata dengan kata-kata yang tidak elok didengari dan sebagainya, pendrive hati kita akan penuh. Apabila ayat-ayat al-quran dibacakan dan hadis didengarkan, maka space dalam pendrive hati sudah tidak muat untuk perkara sebegitu kerana kapasiti pendrive hati sudah memenuhi 8GB. Apabila hati sudah fully occupied dengan perkara yang kita cintai, maka hati kita sudah tidak muat untuk perkara kebaikan. Itulah sebabnya apabila diajak ke majlis-majlis ilmu dan mengajak kepada Allah, mereka dengan cepatnya menolak.


Allah berfirman,
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, keluarga-keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya). Dan Allah tidak member petunjuk kepada orang yang fasik.” 
(surah at-Taubah, 9:24)

Perkara-perkara yang kita cintai akan menutupi hati kita secara tidak langsung.


Allah berfirman,
“Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka”                          (Surah al-Mutaffifin, 83:14)
 

Penyembuh hati

Pada satu hari, Aiman demam. Sahabat-sahabatnya datang menziarahi Aiman. Mereka membawa ubat antibiotic  yang baru dibeli di klinik berdekatan. Aiman pun makan ubat yang diberi oleh rakan-rakannya. Pada keesokan harinya, demamnya mulai surut. Dia berasa sangat lega kerana dapat sihat semula dan dapat bermain bersama sahabat-sahabatnya.


Allah berfirman,
“ Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyaki-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat kepada orang yang beriman.” 
(surah Yunus, 10:57)

“ Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian.”
(Surah al-Isra,17:82)

Apabila hati kita sakit, ayat-ayat al-Quranlah sebgai penyembuh hati kita. Sahabat-sahabat kita yang berfikrah akan sentiasa menyembuhkan hati kita dengan memperdengarkan dan mentadabburkan kalimah suci al-Quran kepada kita. Jadi, hati kita akan cepat sembuh daripada sakit.

Sudah terang lagi bersuluh. Al-Quran merupakan penwar kepada hati kita. Jika pendrive hati kita fully occupied dengan perkara yang kita cintai, maka cepat-cepat kita deletekan keinginan diri. Apabila kita telah fully occupied pendrive hati kita, jangan lupa untuk memasang anti virus a.k.a ayat al-Quran dan hadis supaya pendrive hati kita tidak diserang virus a.k.a perbuatan mungkar. Jadi, pendrive hati kita akan sentiasa elok untuk dipakai. Perkara mungkar hanya akan mencederakan hati kita. Jika hati kita telah cedera,  maka pendrive hati kita tidak boleh dipakai.
               

Tuesday 24 January 2012



Just want to share (n_n)


Ada seorang akak berkata, “kamu perlu yakin dan percaya dgn rahmat Allah”. Kata-kata tu mmg benar krn saya mendapat rezeki yg tidak disangka-sangka. Alhamdulillah, saya dpt memasuki sebuah pusat pengajian dengan menggunakan result trial.saya mmg x sangka saya dpt sbb result saya hanya cukup-cukup makan. Mse trial spm, sya mmg bersungguh-sungguh utk mndpt yg terbaik. Tp apa yg sya usaha x mncukupi lg utk mndpt straight A’s. semua prkara ada hikmahnya.(n_n) dengan result tu, sya mohon utk fast track dan sya apply utk course  yg sesuai dgn result trial.jd, sya ambl course business information system(BIS). Mst jrg dgr kn course tu?huhu..sya dulu pun jrg dgr ttg course tu. Tp sya apply je course tu sbb klu pilih course yg x sesuai dgn result trial sya, alamtnya mmg sya x dpt utk fast track dan sia-sia sajalah sya isi borg.huhu. tp sya amat berterima kt cikgu2 saya sbb bnyk mgjr dan membantu saya.(n_n)


Pada 18 Jan 2012, saya mndftr di tmpt pengjian yg saya dftr.mse tu mmg saya cuak sbb mcm x ready lg utk msuk u. kwn2 ade yg dh msuk dan ade yg x. rse mcm kekok plak sbb msuk awl. Org lain tgh cuti tp saya dh kena bljr.huhu..sbnrnya ada hkmh di sblk semua ni. Org yg msuk awl u mgkn dia x brp sesuai dok kt rmh pd jgka masa yg lma.mgkn klu dia dok rmh pd jgka msa yg lme, dia bnyk wat slh pd org lain. Cthnya mcm lawan ckp mak ayh ke, atau x istiqamah dgn ibadah, atau selalu bergaduh dgn adk brdk. Tp yg xdpt msuk u mggnkn result trial, mgkn dia sesuai tggl di rmh pd jgka mse yg lme. Cthnya, dia mnjd ank yg baik, atau dia mempunyai peluang utk bermesra dgn keluarga krn mgkn dia akn mngglkan family dlm jgka mse yg lme utk bljr slps dpt result spm. Sbnrnya xda beza yg masuk awl atau x. semua org ada rezeki  masing-masing. Tidak perlu berasa sedih atau iri hati. Allah akan memberi nikmat trbaik kpd hambaNya slagi  hambaNya mentaati perintahNya.



Course BIS bidang yg mncbr wat sya krn kta akan bljr system pengkomputeran seperti programming, cording dll. Sya dhlah x brp reti. Tp saya akn berusaha shabis baik (n_n) fighting!fighting! insyaAllah boleh. Doakan saya ya.
Selama lima hri di sini(minggu orientasi), sya menimba plbgai pglmn. Saya dpt tinggal di hostel yg dinamakn village 5. Spttnya village 5 tu adlh utk akak-akak senior final year. Tp ade bbrp student intake jan ni yg tggl di c-tu sbb x cukup tmpt di village 2. Saya terkezzzut juga sbb village tu jauh utk ke dewan. Kami terpaksa berjalan 20-30 minit utk ke sna. Tp ada hikmahnya. Spnjg prjlnn kami dpt mghbskan bacaan al-mathurat dan sempat berzikir. Rupa-rupanya inilah Allah ttpkn kami tggl di c-tu spya kami dapat melakukan ibadh smasa berjalan.(n_n)





Kt sna kena speaking..huhu..saya x brp sgt utk speak in English. But I’ll try.(n_n) mncbr sbnrnya khdpn kt u. Alhamdulillah, sya mndpt tmpt pengajian yg x terdedah sgt dgn gejala social. Kt c-ni agamanya kuat. Jadi, kehidupan Islam yg sbnr dipentingkan. Student rajin solat berjemaah di masjid, wat usrah, wat program2 Islam. Dgn suasana begini, sya rasa bersyukur sgt krn ada org yg membantu membimbing sya di c-ni. Mgkn inilah faktor mrk Berjaya dlm khdpn. Pemimpin kt c-ni sgt berkaliber. Kbnyknn pemimpin adalah orang yg mementingkan agama. Saya sgt terkejut mlht keadaan ini krn gmbrn saya ttg khdpn di u yg x brp elok sbnrnya adlh salah. Mrk bukan saja excel in academic, but in religion too. Saya berharap saya dpt mencontohi mrk dgn memperbaiki diri saya(n_n).
saya akan sambung lg mgenai khdpn di tmpt pgjian ini spya dpt dijdikan panduan dan iktibar kpd semua (n_n)




Monday 9 January 2012


Sebiru Hari Ini


Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com


Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permaidani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah...



hah..sya suka lg ni..look fresh!
ia mengingatkan kp kwn2 sya..

setiap kali saat nk berpisah, mst sedih..sbb lps ni dh x bleh jumpa lg..

klu jumpa, mst dh x semesra dulu..sbb sumenye malu2..(n_n)

masa kt sekolah, sya cuba cari kwn seramai yg boleh..

ada org kata..senyum mrpkan permulaan perkenalan..dan org tu mmg benar.(n_n)
tapi ade org kata lagi..kita kne cari kwn sejati.(n_n)
sya t'tnya2, bgaimana nk cari shbt sejati?hmm...

selpas berpisah, sya mengenangkan shbt2 sya.
biasalah manusia ada pelbagai kerenah.(n_n)
semua shbt sya mrpkan shbt sejati..

walaupun shbt tu pernh mnyakitkan hati...
walaupun shbt tu pernah marahkan diri ini...
walaupun shbt tu pernah menjauhkan diri...
walaupun shbt tu pernah mengkhianati...
walaupun shbt tu pernah membuat perkara yang sya x gemari...

sbb apakah sya masih menganggap shbt sejati????

sbb...

sya pernah menyakitkan hati...
sya pernah marahkan shbt ini...
sya pernah menjauhkan diri..
sya pernah mengkhianati...
sya pernah membuat perkara yg shbt x gemari...


sentiasalah menjadi seorang yang mempunyai sifat mahmudah kerana kawan kita juga akan bersikap mahmudah...


kata org,
klu nk tgk diri...tgk kwnnya (n_n)


jd, tidak ada alasan yg kita x ada shbt sejati..
mungkin kita terlepas pandang sahabat yang ada di sekeliling kita.


hargailah sahabat kita sementara masih ada (n_n)





by:  tgtg (n_n)

Saturday 7 January 2012


╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝

║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

Charge your Iman



╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝



╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝


╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝




╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝



╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝



╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝


╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

Ya Allah!!! forgive me and all Muslims..