Saturday, 7 January 2012



ADA SINAR DI WAJAHMU
By : TGTG



“ Aku menginginkan seorang muslim yang soleh”, kata seorang insan bernama wanita.






“Aku menginginkan seorang muslimah yang solehah”,kata seorang insan bernama lelaki.







Terdetik di hati,
“Layakkah aku untuk mendapat pasangan hidupku seperti yang aku idamkan?”.

“Ah! Aku tidak layak!”.

Allah berfirman,
‘PEREMPUAN-PEREMPUAN yang KEJI adalah untuk LELAKI yang KEJI
dan LELAKI yang KEJI adalah untuk PEREMPUAN-PEREMPUAN yang KEJI(pula),
sedangkan PEREMPUAN-PEREMPUAN yang BAIK untuk LELAKI yang BAIK
dan LELAKI yang BAIK untuk PEREMPUAN-PEREMPUAN yang baik (pula).
Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia (syurga).’
(Surah An-Nur, 24:26)

GHAYYIR NAFSAKA!!!!!
UBAHLAH DIRIMU!!!!!

Ubahlah dirimu untuk mendapat yang TERBAIK.

Sudah terang lagi bersuluh, jika kita ingin mendapat seorang yang beriman sebagai pasangan hidup kita, kita WAJIB mengubah diri kita untuk menjadi seorang yang beriman. Orang yang beriman semestinya sentiasa mengharapkan KEREDHAAN ALLAH dalam setiap perkara.

Dengan KEREDHAAN ALLAH, kita akan mendapat apa yang kita inginkan (DUNIA + AKHIRAT)…
t’masuk pasangan yang SOLEH dan Solehah.InsyaAllah (n_n)

Wah!!! Indahnya kehidupan sebegitu! Pasti semua nak seperti itu kan???? (n_n)

Tapi bagaiman pula kalau kta sentiasa mengharapkan dan berusaha mendapat keredhaan Allah tapi kita tidak mendapat kehidupan yang kita inginkan di dunia yang fana ini??

JANGAN RISAU! LA TAHZAN (n_n)



Inilah dinamakan UJIAN HIDUP..







Ketika hidupku tertekan,
Mengaburi pedoman,
kepadaNya akan ku pergi,
untuk mencari bimbingNya..

Ku serah takdir kepadaNya,
Mengukir perjalanan, walau ujian hidup melanda,
Ku tabah menerima kerana…

Walaupun TAK dikurnia KEMASYHURAN,
Walaupun TAK dilimpah KEMEWAHAN,
Hatiku tetap akan memuji,
namaMu selalu Ya Rabbi…

Walaupun TAK diberi KEMAKMURAN,
Akan ku memanjangkan kesabaran,
Ku tetap syukur pada Ilahi,
Kerana mengurniakan nyawa ini..

DIA di hati selalu memberikanku petunjuk,
Apabila pemandangan samar,
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba,
Pasti ada HIKMAHnya…(n_n)

-Imam Muda 1-Ujian Hidup-



Allah berfirman,
“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan beriman hanya dengan mengatakan: “Kami beriman,” dan mereka tidak diuji?”
(Surah Al-‘Ankabut,29:2)


Walaupun Allah tidak mengurniakan kehidupan yang dinginkan di dunia,
Tetapi insyaAllah Allah mengurniakan kebahagiaan di akhirat kelak (n_n)

“Hoi!! Tak payahlah jadi baik sangat!”

“Weh kengkawan, dia dah jadi baiklah..Lawak betoi..HAHAHAHA..”

“Tak payahlah sok suci baik sangat!! Menyampah aku tengok..”

“Alah..Baik tu ada makne..Tu sementara je tu..mesti lepas ni balik perangai asal balik punyalah..Tak caya tengoklah nanti..”

Kata-kata seperti inilah yang selalu MERUNTUHKAN semangat seterusnya MENGHALANG perkara kebaikan yang kita hendak lakukan.

INGATLAH!!!!!
Walaupun kita mungkin akan KEHILANGAN kengkawan, keluarga, harta benda dll…

TETAPI!!!!
“ Innallaha ma’ana” (Allah sentiasa bersamamu)….(n_n)

Kita tidak akan keseorangan selagi mana kita berusaha untuk berubah (n_n)

Oleh itu, MARILAH membina SEMANGAT kita semula dengan bertekad untuk menghiraukan kata-kata yang boleh menghalang kita untuk menjadi seorang yang LEBIH BAIK.

Tanamkan dalam diri..


“ AKU HARUS MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK, SOLEH DAN BERTAQWA DENGAN BERPAKSIKAN UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA.”

IMAN dari dalam sanubari kita ialah KUNCI utama PERUBAHAN sikap.
Ia secara automatik akan mengubah sikap manusia secara bertahap-tahap.
TRANSFORMASI + REFORMASI + EVOLUSI atau apa-apa sahaja istilah untuk perubahan mesti berlandaskan soal HATI.

IMAN = JANTUNG

Menurut pandangan ahli sunnah wal jamaah,
Iman MENAIK dan MENURUN..
Samalah juga seperti JANTUNG.
Jantung MENGECUT dan MENGEMBANG  (contraction and relaxation)
Tanpa JANTUNG, kita akan MATI..
Tanpa IMAN, kita akan MATI..


 Baikilah hati kita.

Dalam diri manusia ada seketul daging,
Jika baik daging itu, maka baiklah manusia tersebut..
Jika buruk daging itu, maka buruklah (jahatlah) manusia tersebut…
DAGING itu adalah HATI..

KUALITI HATI = KUALITI AMALAN

‘Berusaha Mencari Cahaya Lebih Baik Daripada Menyumpah Kegelapan’

Allah berfirman,
“ Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.
 Perumpamaan cahayaNya seperti sebuah lubang yang tidak tembus,
yang di dalamnya ada pelita besar.
Pelita itu di dalam tabung kaca,
(dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan,
yang dinyalakan dengan minyak zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak di barat,
yang minyaknya (saja),
hampir-hampir meneranginya,
walaupun tidak disentuh api.
Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis),
Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki
dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia.
Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
(Surah An-Nur, 24:35)

Berusahalah dan bertekadlah bersungguh-sungguh untuk mencari HIDAYAH kerana HIDAYAH merupakan CAHAYA PETUNJUK Allah ke arah kebenaran daripad kufur kepada beriman (n_n)

Kita BERUBAH bukan sekadar ingin mendapat pasangan yang soleh dan solehah tetapi kita mengharapkan KERDHAAN Allah semata-mata..

KEREDHAAN ALLAH = Keluarga Mawaddah + Sakinah + rahmat (n_n)





‘ Ya Allah,
sebaik baik rencana, tetap rencanaMulah yang TERBAIK.
Dan sebaik baik PILIHAN, tetap PILIHANMu lah yang TERBAIK.
Maka anugerahkanlah hamba RENCANA & PILIHAN TERBAIKMu untuk hambaMu ini’
‘ Ya Allah,
aku tidak mengharapkan apa-apa kecuali REDHAMu.
Ya Allah,
sucikanlah diriku lahir dan batin & temukanlah diriku dengan hambaMu yang soleh untuk menjadi pendamping dan imamku meraih REDHAMu’
‘Ya Allah,
jika hamba salah mengharapkan dia,
maka pupuskanlah harapan ini.
Jika hamba benar mengharap dia & Kau meredhainya,
Maka aku serahkan semuanya kepada rencanaMu.
Engkaulah Zat yang Maha Kuasa & Maha Mengetahui’
AMIN….

-Dalam Mihrab Cinta-


No comments:

Post a Comment